Tuesday, 3 January 2012

SAINS DAN AL-QURAN GRAVITI SIFAR BUKTI KEBENARAN AL-QURAN


AL-QURAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW


         MANUSIA hanya sedar tentang kewujudan graviti pada sekitar kurun ke-17. Sebelum itu, tiada sesiapa pun penah terfikir mengenai graviti, apatah lagi berbincang perihal hukum-hakamnya.

         Orang pertama yang menjadi perintis kepada teori graviti adalah SIR ISAAC NEWTON, yang telah menerbitkan sebuah buku bertajuk LAW OF GRAVITATION pada tahun 1687. Selepas hukum graviti newton diperkenalkan, ia menjadi topik serius yang diperbincangkan di kalangan ahli sains serata dunia.

         KETIKA AWALNYA, ada dikalangan ilmuwan yang tidak dapt menerima konsep ini, malah menganggap ia sengaja direka cipta. ini disebabkan Newton hanya menyatakan tentang hukum graviti dan cara pengiraannya, tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.

        BAGAIMANAPUN, kesimpulan yang dibuat oleh Newton dengan menyatakan gravitilah yang memastikan bulan dan planet berada pada orbitnya, sedikit sebanyak telah menarik minat beberapa pengkaji untuk membuktikan perkara tersebut.

         DARI MASA KE SEMASA- merentasi abad ke abad, hukum graviti Newton terus menjadi topik hangat di dalam dunia sains. Ada juga saintis yang cuba mengeluarkan hukum baru mengenai graviti. Namun ia tidak dapat menandingi hukum graviti Newton yang masih diguna pakai sehingga kini.

         PADA awal abad ke-20, saintis terkemuka dunia ALBERT EINSTEIN telah mengemukakan satu teori baru mengenai graviti iaitu teori relatif am. Teori tersebut dikatakan dapat menyaingi hukum graviti Newton, dan di iktiraf sebagai hukum graviti yang paling berjaya setakat ini Bagaimanapun , Einstein masih belum dapat mengemukakan bukti kukuh tentang adanya graviti. Sehinggalah pada 14 jun 1949, kewujudan graviti berjaya dibuktikan melalui rakaman video semasa misi pertama makhluk bumi ke angkasa yang melibatkan seekor monyet bernama ALBERT II.

         DI sebalik pelbagai teori yang diutarakan oleh manusia, Al-Quran juga turut menyentuh tentang perkara ini. Kitab suci agama islam yang diwahyukan pada kurun ke-7 telah memberi kiasan mengenai keadaan zero gravity di ruang angkasa lepas. Menurut pensyarah di pusat pengajian umum universiti kebangsaan Malaysia, Prof. Madya. Dr. Arip Kasmo, dua potong ayat dari surah Al-Hijr (ayat: 14 dan 15) sudah cukup untuk menggambarkan bahawa daya tarikan graviti hanya wujud di planet, tapi tidak pada ruang angkasa.

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD, "DAN SEKIRANYA KAMI BUKAKAN KEPADA MEREKA SATU DARIPADA PINTU-PINTU LANGIT, LANTAS MEREKA NAIK TERUS KE ATASNYA, TENTU LAH MEREKA AKAN  BERKATA: SESUNGGUHNYA PANDANGAN KAMI TELAH DIMABUKKAN..."(AL-HIJR, AYAT 14 & 15)

         DR. ARIP menjelaskan, perkataan "mabuk" yang disebut dalam ayat tersebut diterjemakan kepada keadaan pandangan sekeliling yang tunggang langgang apabila naik ke angkasa.

         KENAPA pandangan seseorang akan jadi tunggang langgang apabila melepasi atmosfera bumi?

JELAS Dr Arip, apabila berada di ruang angkasa, daya tarikan graviti menjadi kosong, atau dengan kata lain, tiada lagi hukum graviti. Apabila tiada tarikan graviti, sistem pengimbang badan manusia tidak lagi berfungsi.

         SISTEM pengimbang badan manusia terletak dibahagian telinga. Di dalam telinga manusia, terdapat salur separuh bulat yang menampung sejenis cecair untuk mengimbangkan badan. Apabila cecair ini tidak lagi mampu untuk menentukan kedudukan dengan tepat. Dengan kata lain, keadaan atas bawahnya menjadi tunggang terbalik. Perkara inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk pandangan ketika berada di ruang angkasa.

         MENURUT kata Dr Arip lagi, seseorang astronaut yang sampai ke International Space Station (ISS) akan mengalami keadaan mabuk pandangan untuk beberapa jam pertama mereka di sana. Malah angkasawan pertama dunia, Yuri Gagarin yang menyertai kapal angkasa Vostok juga mengalami pandangan yang bermasalah selepas berada pada jarak 130 kilometer dari bumi.

         ITULAH antara mukjizat dan kehebatan AL-QURAN yang dapat dibuktikan melalui sains. Ia adalah mukjizat yang releven sepanjang zaman. Harus di ingat, AL-QURAN adalah kalam ALLAH dan dialah yang maha mengetahui segala-galanya dan dia juga berhak ke atas apa yang ada di alam semesta ini.(sumber: majalah infinity)

ADMIN: MARI MEMBACA AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA SEKALI

Published with Blogger-droid v2.0.2

16 comments:

  1. Maaf ya . Sy mohd nazri pelajar politeknik ingin berkongsi pendapat. Daripada ayat alquran tersebut sebagai org muslin kita kena perhati kan betul2 . Yg dimaksdkan mereka akan naik terus ke langit dan seperti dimabukkan bkn kerana diluar angkasa tda graviti. Kerana graviti memang x wujud. Hal itu kerana mereka akan melihat sesuatu yg mereka x pernah lihat . Jgn slah faham ya. Bumi tdk bulat bumi is flat .klau benar bumi bulat , graviti wujud dlm al quran ada d sebut kenapa yg menemukan hukum graviti yg membuktikan bumi bulat itu bkn org islam ? Knp msti dripada yg bkn islam apakah akal org islam bgtu cetek ? Apakah tokoh islam sprti ibn sina albiruni dan sebagainya tdk sepintar org kafir ? Jwb dlu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi tak flat, bumi ini berbentuk seperti telur unta - boleh cari dalam aq_Quran sendiri.. (hampir sfera).. jgn sesat dengan agenda "Earth is Flat"..

      Delete
    2. Surah An-Nazi'at ayat 30..

      'Dahahaa' tu bukan bermaksud 'telur burung unta'...

      Tetapi, bermaksud 'dihamparkannya'..

      FYI, perkataan tu merupakan kata kerja, bukan kata nama...

      Dipersilakan rujuk pada ahli2 penterjemah..

      Delete
  2. Maaf ya . Sy mohd nazri pelajar politeknik ingin berkongsi pendapat. Daripada ayat alquran tersebut sebagai org muslin kita kena perhati kan betul2 . Yg dimaksdkan mereka akan naik terus ke langit dan seperti dimabukkan bkn kerana diluar angkasa tda graviti. Kerana graviti memang x wujud. Hal itu kerana mereka akan melihat sesuatu yg mereka x pernah lihat . Jgn slah faham ya. Bumi tdk bulat bumi is flat .klau benar bumi bulat , graviti wujud dlm al quran ada d sebut kenapa yg menemukan hukum graviti yg membuktikan bumi bulat itu bkn org islam ? Knp msti dripada yg bkn islam apakah akal org islam bgtu cetek ? Apakah tokoh islam sprti ibn sina albiruni dan sebagainya tdk sepintar org kafir ? Jwb dlu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibnu Haitham sudah ada Teori Graviti lebih awal dari Newtom

      Delete
  3. Adik politeknik.. Sebelum graviti ditemui Newton, al-Biruni dah pernah tulis makalah berkenaan graviti. Newton hanyalah org Eropah pertama yg mengkaji tentangnya. Tahukah anda masyarakat barat menerima pengetahuan sains selepas kedatangan Islam. Waktu tamadun Islam berkembang sehingga bumi Andalus, banyak ilmu saints & falsafah Islam diterjemah dalam bahasa Latin. Sehingga sekarang byk istilah sains & sosial digunakan dlm bhs Latin.

    ReplyDelete
  4. Ayat dari surah mana yg mengatakan bumi hampir sfera? Jelaskan

    ReplyDelete
  5. Al-Hijr, ayat 14-15
    {وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَابًا مِنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ (14) لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَسْحُورُونَ (15) }

    Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus-menerus naik ke atasnya, tentulah mereka berkata, "Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang-orang yang kena sihir."

    Allah Swt. menceritakan perihal kuatnya kekafiran, keingkaran, dan kesombongan orang-orang kafir terhadap perkara yang hak. Bahwa seandainya dibukakan bagi mereka sebuah pintu ke langit, lalu mereka menaikinya, niscaya mereka tetap tidak akan mempercayainya, bahkan mereka akan mengatakan seperti yang disitir oleh firman-Nya:

    {سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا}

    Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan. (Al-Hijr: 15)

    Mujahid dan Ibnu Kasir serta Ad-Dahhak mengatakan bahwa makna ayat tersebut ialah 'pandangan mata kamilah yang tertutup'.

    Qatadah, dari Ibnu Abbas, menyebutkan bahwa pandangan mata kamilah yang dibutakan.

    Menurut Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, pandangan mata kami dikaburkan dan sesungguhnya kami terkena sihir.

    Al-Kalbi mengatakan, mata kamilah yang dibutakan.

    Ibnu Zaid mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: pandangan kamilah yang dikaburkan. (Al-Hijr: 15) As-sakran artinya orang yang tidak sadar akan akal sehatnya (yakni mabuk).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Swt. menceritakan perihal kuatnya kekafiran, keingkaran, dan kesombongan orang-orang kafir terhadap perkara yang hak. Bahwa seandainya dibukakan bagi mereka sebuah pintu ke langit, lalu mereka menaikinya, niscaya mereka tetap tidak akan mempercayainya, bahkan mereka akan mengatakan seperti yang disihir..

      Ia tidak menerangkan tentang keadaan semasa sedang naik ke langit...

      Wallahualam..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Jika graviti tidak wujud maka kita tidak akan terapung & tidak ada mana-mana ayat Quran pun menyatakan bumi ini datar atau bulat kerana tak ada keperluan pun pada masa itu kerana Allah tahu satu hari nanti akan ada manusia yang pergi ke angkasa dan yang akan melihat sendiri bumi berbentuk sfera.

    ReplyDelete
  8. semakin kuat graviti semakin perlahan masa bergerak...
    pernah disebut dalam al-quran,sehari di sana bersamaan seribu tahun di bumi.

    adakah graviti di sana terlalu kuat....sehinggakan pernah juga disebut matahari seolah2 berada atas kepala sahaja..matahari juga ditarik oleh graviti yang tinggi... mungkin misteri graviti ini sudah ada jawapannya dalam al-quran.. cuma kitalah perlu belajar untuk merungkainya. Sesungguhnya Al-quran itu mengandungi jawapan2 keatas teori sains.

    ReplyDelete
  9. Hikmah kenapa ilmu kosmik lebih dipelorpori ilmuan Barat kerana ALlah nk mereka mereka berfikir akan kebenaran Islam dan kebenaran wahyu yang dibawa nabi muhammad S.A.W

    ReplyDelete